Monday 24 November 2014

Herbalife SKIN Refresh Replenish Result in 7days*

Bismillah,

Alhamdulillah dah lama tak update blog, harini terus update pasal Outer Nutrition terbaru Herbalife iaitu Herbalife SKIN aka SKIN7 yg tengah meletop di pasaran. Kenapa panggil SKIN7? bukan sebab ada 7 produk, tapi sebab boleh tengok *Result in 7days only!! wowwww!!! Best! Best!! tak perlu tunggu 1 bulan nak tengok hasil. *clap! clap! clap! Sehingga entry ini di tulis aku sendiri dah 5bulan pakai Herbalife SKIN Ultimate Set. Sangat berpuas hati!! 


* Hasil ditujukan kepada Line Minimizing Serum, Replenishing Night Cream, Daily Glow Moisturizer, Hydrating Eye Cream, Polishing Citrus Cleanser & Purifying Mint Clay Mask.

Herbalife SKIN merupakan nutrisi penjagaan kulit 
berasaskan penyelesaian yang menyeimbangkan
bahan-bahan, botani, dan ekstrak dengan sains yang terbukti untuk pengalaman yang mewah dan kulit yang nampak 
sihat setiap hari.

Herbalife SKIN menawarkan pengalaman
 harian yang memanfaatkan. 
Kulit yang kelihatan cantik, sihat, dan lebih remaja
 melalui Rumusan, Rasa dan Hasil Pantas.

Rumusan

Meningkatkan penampilan kulit anda dengan gabungan optimum Vitamin B3, Vitamin C dan E yang bersifat antioksidan, Aloe Vera dan bahan-bahan botani lain kami. Herbalife SKIN bebas paraben, bebas sulfat dan diuji pakar dermatologi.

Rasa

Manjakan diri anda dengan tekstur mewah; tenangkan diri anda dengan busa yang lembut bak sutera. Dapatkan inspirasi daripada minyak perlu yang menyerikan dan haruman segar. Kejutkan diri anda setiap hari dan sepanjang hari dengan pengalaman yang mencerahkan di samping juga kemewahannya.

Hasil Pantas

Produk-produk kami yang diuji secara klinikal membantu anda mencapai hasil harian maksimum, termasuk kulit yang lebih lembut, licin dan lebih berseri di samping memberi manfaat jangka panjang yang mengurangkan penampilan garis-garis halus dan kedutan.

Herbalife SKIN mempunyai 10 produk kesemuanya dan setiap produk harian ada nombor utk memudahkan cara penggunaan. kalau bagi kat Mak2 kita pakai pun dia just tengok nombor je, tak perlu nak hafal nama bagai. brilliant! 











REGIMEN PENGGUNAAN HERBALIFE SKIN


  • Ikut arahan di label product utk dapatkan hasil yg terbaik
  • Sentiasa cuci tangan terlebih dahulu sebelum mencuci muka
  • Bila menggunakan Moisturizer, guna teknik 5-dot (dagu, pipi kiri dan kanan, hidung, dahi)
  • sapu eye cream / gel dgn jari manis sahaja
  • sentiasa sapu serum sebelum Day / night cream
  • jika kulit anda sensitif jangan scrub muka dan sapu masker pada hari yg sama. Contoh isnin scrub muka, selasa baru pakai mask
  • Jangan tidur dengan masker. cuci masker 15 minit selepas penggunaan. 

Nak tengok tak result Herbalife SKIN aku? lupa nak ambil gambar hari ke7 
so aku ambil gambar hari ke 17. siap pakai tudung sama lagi. hehe. 

jeng

 je

 jeng

Gambar sebelum tu aku ambil selepas balik facial kat spa. memang tak ada pakai bedak and baru lepas masker. even lepas pakai masker pun still minyak lagi kulit. Gambar selepas tu lepas cuci muka, scrub, pakai mint mask dan spray toner sikit. tanpa bedak jugak. Minyak dan makin kurang, liang roma semakin mengecil, jerawat halus kat dahi dan dagu dah kurang. bibir kering sebab bulan puasa, tak minum air banyak. muahahah. Semua ini hanya dalam 17 hari saja! sangat berpuas hati! 

  Ini pulak gambar aku yg terkini, lepas 5 bulan guna Herbalife SKIN. gambar ni tanpa make up, hanya pakai toner, serum, day cream dan eye cream. kulit nampak kuning sebab lighting dalam dewan tu macam tu. tak ada guna effect Magic Skin k. hanya Herbalife SKIN. hehee

TARA!!!!


Jika anda sudah membaca entry ini dan belum mempunyai Coach Herbalife, saya berbesar hati ingin menawarkan anda Facial menggunakan produk Herbalife SKIN supaya anda boleh merasa sendiri perbezaan di kulit anda. 

hubungi saya
017-9772700 
untuk Facial Herbalife SKIN


thank you for reading ;)

Thursday 17 July 2014

MH17 Terhempas di Ukraine

Allahuakbar! Allahuakbar!! Allahuakbar!!

Terkejutnya bila Pak cik aku kat Finland hantar mesej kat Whatsapp group family bagitau ade flight MAS terhempas di Ukraine. Dia suruh check kesahihan berita tu, dan kami pun google facebook semua berita pasal MH17. Flight MH17 ditembak jatuh di ruang udara Ukraine. macam mana boleh tersilap tembak Commercial flight? aku bukan orang yg pakar nak bahaskan. sebelum ni memang aku pernah tengok kes macam ni dalam Air Crash Investigation kat Discovery Channel. tapi kes macam ni sangat rare. Tidak sangka harini terjadi pada pesawat Malaysia.

Aku harap sgt berita ni tak benar, salah kapal terbang ni. Tak sampai beberapa minit dah kecoh berita ni kat Facebook dan  news all over the globe. Kawan aku kat Filipina dan Indonesia pun share berita yg sama jadi betul la berita ni. Allahuakbar!!

Flight MH17 berlepas dari Schipol Amsterdam pada pukul 12.30am waktu tempatan membawa 295 penumpang dan anak kapal itu dijangka tiba di Lapangan Terbang KLIA pada jam 6.30am. Allahuakbar!

 Masa aku taip entri ni, berita Awani melaporkan banyak penerbangan Flight MAS dari KLIA yg dibatalkan penerbangan akibat insiden ini. Subhanallah!

The odds are 11 million to 1 that you'll die in a plane crash
Flying is still safer than ever-THE WEEK

Walaupun kebarangkalian kita akan mati dalam Nahas Kapal Terbang adalah 1 dalam 11juta orang, MH17 could be our flight. I cant imagine. baru 2 bulan lepas naik MAS dalam jarak jauh. 12jam dalam kapal terbang bukan suatu yg mudah. lagi2 lepas kes MH370 hilang. Pesawat goyang sedikit je aku dah pucat lesi. tipu kalau tak fikir kapal terbang tu akan terhempas atau akan hilang macam MH370. Hanya pada Allah minta perlindungan.

# pictures taken in MAS flight from KL-London.01May2014
Cabin Crew MAS memang friendly dan efesien dalam servis mereka. Mereka juga punya keluarga yg menunggu kepulangan mereka. Ya ALLAH!
beberapa jam flight di udara kami di hidangkan makanan. macam mana la kalau pesawat MH17 tu terhempas semasa penumpang sedang menikmati makanan mereka. I dont wanna imagine T_T.

Sesungguhnya setiap yang berlaku itu dari Allah jua. Pasti ada hikmah ini berlaku. Berat mata memandang berat lagi bahu ahli keluarga mangsa yg menerima cubaan ini. Besarnya pahala jika mereka sabar dgn ujian Allah ini.

Anas r.a. berkata: Nabi saw. bersabda,
“Sesungguhnya besarnya pahala itu tergantung pada besarnya cubaan. Sesungguhnya apabila Allah Ta’ala itu mencintai suatu kaum maka Dia mengujinya. Barang siapa yang rela menerimanya, dia mendapat keredhaan Allah, dan barang siapa yang murka, maka dia pun mendapat kemurkaan Allah” (H.R.Tirmidzi)


Abu Yahya Shuhaib bin Sinan r.a. berkata, bahawa Rasulullah saw. bersabda: 
“Sungguh menakjubkan sikap seorang mukmin itu, segala keadaan dianggapnya baik dan hal ini tidak akan terjadi kecuali bagi seorang mukmin. Apabila mendapatkan kesenangan, dia bersyukur, maka itu lebih baik baginya, dan apabila ditimpa penderitaan, dia bersabar, maka itu lebih baik baginya.”(H.R.Muslim)


Innalillahiwainnailahirojiun.
 #PrayForMH17

Sunday 29 June 2014

Recipe Cream Puff Best in the world!!

Assalamualaikum,

Maaf tajuk sgt over, just from my point of view coz im not a fan of Cream Puff before. I mean cream puff biasa yg inti kastad tu. Yang tu sedap tp yang ini 10x ganda lagi sedap. hoho.

Cerita Cream Puff best in the world ni bermula masa aku pergi melawat keluarga cousin suami aku di London bulan Mei lepas. Pening jugak aku memikirkan kenapa Cream Puff ni sedap sgt. Inti macam Ice cream tp bukan Ice cream. Sizenya MasyaAllah besar, gebu dan sihat walafiat. hehe. Patutnya memang puas makan tapi still tak puas makan satu. sedap sangat! Maaf lagi sekali coz resepi dalam bahasa Inggeris, copy paste je. tak pandai nak alih bahasa. ada ingredients yg aku tukar tu sebab aku tak jumpa kat kedai. kalau korang tau kat mana nak dpt ingredients tu tolong inform saya ok?

Muka heaven dapat makan Cream Puff sedap. tak tau la berapa bijik dah masuk mulut. hihi.
The Best Cream Puff Ever!!

Ingredients
  • 2 (3.5 ounce) packages instant vanilla pudding mix
     (aku guna Instant Pudding Mix Natural pastu letak 2 drops Esen Vanilla)
    2 cups double cream (aku guna Thicked Cream)
    1 cup milk (aku guna Marigold HL milk)
    1/2 cup butter (113g/4oz)
    1 cup water
    1/4 teaspoon salt
    1 cup plain flour
    4 eggs

    * Filling ni boleh buat awal dan simpan dalam peti sejuk.

    Directions
    1. Mix together vanilla instant pudding mix, cream and milk. Whisk a little until thick. Cover and refrigerate to set.
     2. Preheat oven to 425 degrees F (220 degrees C).
     3. In a large pot, bring water and butter to a rolling boil. Stir in flour and salt until the mixture forms a ball. Transfer the dough to a large mixing bowl. Using a wooden spoon or stand mixer, dump all the eggs in at once and quickly mix until the mixture comes together and become sticky. Drop by tablespoonfuls or pipe onto an ungreased baking sheet lined with parchment paper.
     4. Bake for 20 to 25 minutes in the preheated oven, until golden brown. Centers should be dry.
    (bakar sampai jadi coklat keemasan, Oven aku antik sket so kena bakar sampai 40min baru masak)
     5. When the shells are cool, either split and fill them with the pudding mixture, or use a pastry bag to pipe the pudding into the shells.

  • Tips from Kak Sue:


    1. Don't grease the baking sheet instead line it with parchment paper, to avoid burnt choux pastry bottoms.
    2. If you're piping the dough mixture, make sure you flatten the tips of the piped doughs (to make them all flat top) with a wet finger so the tips won't burn or brown too much in the oven.
    3. When choux pastries are out of the oven, immediately poke a tiny hole in each and every one of them with a toothpick to let the steam out. If you don't do this, you'll end up having flat pastries with no room for filling in the middle.
     4. I only fill them with cream just before serving, and dust them with icing sugar.

    Masak sampai jadi color macam ni, lepas keluarkan dari oven terus cucuk dgn lidi atau garpu bagi angin keluar. Biar sejuk dulu sebelum simpan dalam bekas atau Tupperware
Letak filling hanya sebelum menghidang. baru fresh, sejuk dan sedapnya!! Lepas tu Renjis Icing Sugar sikit dan siap dihidang.
* Calories per Cream Puff 190cal. Harap Maklong dan Selamat Mencuba!!



































Tuesday 13 May 2014

Catatan Perjalanan Yatie Nadzli : LONDON.Oxford Street, Surrey, Portobello Road

Assalamualaikum,

Sebelum tu nak bagitau entry hanya sekadar berkongsi cerita. to give some idea if one day u want to go London.semoga bermanfaat ye.

Syukur Alhamdulillah diberi kesempatan utk sampai di bumi London lagi. Dulu datang dgn kawan kali ni dengan parents. Since aku pernah dtg ke London masa tahun 2011 jadinya kalini datang sebagai tour guide mereka. Kononnya!haha.  Mungkin ada yg kata, sibuk je la yatie ni, bagi la parents tu pegi sendiri.  boleh la dorang Honeymoon dgn tenang. Amvoiiii ni Europe bukan Bandung Indonesia. Lagipun Kami tak ambil pakej Tour yg mahal beriban tu utk Euro trip sebab nak jimat kos n have freedom of travelling. Gtewww! Hahah. So kena pandai2 la atur journey sendiri, naik bas train sendiri, angkat semua beg2 yg MasyaAllah berat nya ni sendiri, dan susah penat sakit letih semua kena tanggung sendiri. No way im letting them go by themself. Its challenging than you know especially for senior citizen like my parents. ha Kan dah kena bebel ngan aku. Haha. Anyway, Travelling in  London is very easy actually coz bandar dia sgt sistematik, safe, easy to access with public transport, and the best part is they speak English!! Thats why i love landan! Okay jom tgk catatan perjalanan kami di London. Lets go!

Day 1 Oxford Street

Kami sampai di London awal pagi jumaat, nasib baik stay kat apartment Air BnB tu so boleh check in se awal pukul 8 pagi. Kalau stay kat hotel tengah hari baru boleh check in, jenuh la cik jah!. Air BnB sgt best, sila google bila nak travel mana2. Ade all around the globe. Dah masuk apartment buat ape lagi, sambung tido la! Haha. Dekat 13jam atas kapal terbang, cramp bontot, pinggang, kaki tangan semua lenguh longlai.. Nikmatnya dapat tidur atas katil Allah saja yg tahu. so sampai je apartment, unload apa yg patut, then semua landing. zzzZZZ.
selamat sampai di Heathrow, let me take a selfie first.hehe

Pukul 2.30pm baru kami keluar, jalan2 kat Oxford street cari winter coat aku. Yess paling bijak bila pegi negara sejuk tak bawak sweater. Masa tu suhu London dlm 15-18C, sgt sejuk bagi aku yg tak tahan sejuk ni. Dah la sejuk angin kuat pulak. Sejuk sampai ke tulang hitam! berbungkus macam mayat hidup la jadinya. its Freezing cold!!


Kalau dah sampai London dan Oxford street adalah wajib utk pegi ke Primark. Apa yg bestnya Primark ni? wide range of clothes at a very incredible low price!! Dress and top £5-7 je. Sweater and coat boleh dapat dlm £10-25. Aku pernah beli sling bag, £5. Murah! Kalau convert ke dalam ringgit pun still murah lagi compare to Malaysia. primark ni sekali tgk macam pasar lambak. Baju seluar sampai ke lantai. Q nak ke Fitting roOm panjang gila mcm q nak beli merchandise kat extravaganza. Mmg kat situ je la nak try ape pun. Nak Coat je pun,over sgt kalau nak fitting room bagai. Haha.  Oxford Street ni ada 2 primark, kiri kanan. Senang je nak pegi Primark ni, boleh naik bas atau Tube ke Oxford street. Tube station utk pegi Oxford street ada 3, Oxford Circus, Bone Street, dan Marble Arch. Paling senang Oxford Circus coz its in the middle of the street.
Primark my love!!!
Oxford street.
Tube station ke Oxford Street, Oxford Circus Station.
Oxford street ni banyak kedai branded macam Gap (sweater Gap sini murah), Topshop, H&M, Aldo, Clarks, Selfridges, kedai jam, perfume, dan banyak lagi. Along the street ada jugak kedai sovernir London tapi sini mahal. Kalini aku tak masuk banyak kedai pun, sebab parents aku tak larat nak ikut. Huhu. Sebelum ni dgn Kak Atie almost semua kedai kami masuk. Macam biasa, cuci mata je tak beli pun. Haha.

Pencarian winter coat aku berakhir di Primark. £25 je.cheap n Good value for money! Habis jalan di Oxford street ktorang terus balik, sempat lagi singgah kedai Kebab dekat rumah beli dinner. Kebab £4 boleh makan 3 orang coz portion dia sgt la banyak.

muka masing2 dah tak lalu nak ambil gambar.
Day 2 Surrey & PortobelloRoad

Hari ke 2 kami pergi melawat rumah Kak Sumira sepupu sebelah husband kat Surrey. dari London nak Surrey naik train dlm 20min je. tapi aku dah salah ambil train, sesat sampai kena patah balik kat station asal. kami sampai kat surrey lepas 2 jam! haha. Kak sue dah risau dah, ktorang tak sampai2. takut terlajak sampai Oxford huhu. sampai2 je kat Train Station, abg Akeel dah tunggu nak bawak kami ke rumah dorang. first time jumpa Abg Akeel and he is very friendly mcam kak sue jugak. Permandangan kat Surrey memang cantik n lain dari London. berbaloi la 2jam naik tren tadi. padahal dekat je sebenarnya kalau tak sesat. haha.


Cantik gila kawasan kat rumah Kak sue ni. banyak park n pokok. London city pun Banyak pokok jugak tapi banyak lagi bangunan. yang ni dah macam Switzerland dah! hehe. overss!
kami sampai masa kak Sue tgh sibuk masak. Family husband aku mmg semua terrer masak, even my husband cook better than me. but not for nasi kerabu. hehe.
Amvoii ayah bukan main lagi posing. haha. Rumah Kak Sue & Abg Akeel ni cantik sgt, mcm cerita omputih dalam tv tu.
Adam bermesra dgn Nenek baru. hehe. such a cute boy. Speaking mcm Jamie Oliver.
Me? doing what im good at, makan! hahaa. Kak sue makes the Best Cream puff in the word! nasib baik la dia dok kat London, kalau kat Malaysia mesti aku order berdozen2. sedap sgt weyyy!
Thank you kak Sue n Abg Akeel for inviting us,we had a very delicious lunch and n great time in Surrey!
Kami Lunch and solat jama' Zuhur Asar kat rumah kak sue, balik ke London n singgah di Portobello Road sekejap. Portobello road ni banyak barang antik, pinggan mangkuk queen anne, barang kulit, kedai makan n macam2. tapi yg paling aku suka pasal Portobello Road ni ada Sorvenir murah!! murah n still good kualiti. bukan la kedekut nak cari sovernir murah je tp kalau murah boleh beli banyak kalau kat Oxford street tshirt London sehelai dalam £8, kat sini £15 boleh dapat 4 helai! bestnyaaa!

kat tempat lain aku survey paling murah pun £5 dpt 3, ni £5 dapat 6!! 50% less, i loikess!! cantik2 n lawa2 pulak. Setakat ni dlm byk negara di Europe yg aku penah pergi London je yg Sovernirnya cantik n paling murah. walaupun matawang dia lagi tinggi tapi bila convert to ringgit still murah lagi. kat Paris Fridge Magnet mcm ni satu 4 euro. gilerr RM 18 utk fridge magnet seketoi ni. nak beli utk diri sendiri pun pikir 2x. so kalau nak Sovernir murah2 nak bagi kat kawan2 n family London is the best n the place to go is  PORTOBELLO ROAD. Tube station for Portobello Road is  Ladbroke Grove or Nothing Hill. tapi yg Ladbroke Grove tu lagi dekat n tak perlu jalan jauh sgt. (gambar see above, mmg fesyen baru letak gambar last sekali kat atas sekali. hahaa) So sekian saja cerita London setakat ni. utk Day 3 n Day 4 akan di hupdate lagi di masa akan datang. semoga Kerajinan melanda lagi. haha. Thank you For reading!!

Saturday 3 May 2014

Hello LONDON!!

Assalamualaikum,

Setelah sekian lama tak ada entry TravelBlog, harini dalam sejarah ia kembali lagi. mcm TOra dtg lagi!! haha! *excited tetiba*.  last sekali Travel blog aku masa tahun 2011. masa tu baru balik dari Europe Trip (London-Finland-Paris) bagpackers dgn sahabat sekerja dan seuitm Kak Hariati Radzali aka Kak Atie. Travel blog tu sebenarnya tak segaja pun sebab masa tu kawan aku masuk Pertadingan iMAStravel blog anjuran Malaysia Airlines, dan kena kumpul LIKES FB byk2. Since masa tu baru balik, ingatan pun kuat lagi, so aku gigihkan tulis blog nak masuk pertandingan tu.bukan ape, Hadiah no2 tu FREE VACATION to TOKYO siap duit belanja lagi!! weeeii i always wanted to go to Tokyo! aku masuk pertandingan tu dgn harapan dpt no2 je no 2 je. tak nak no1.hehe.confident!! pecah kepala jugak la sebab Blog tu dlm bahasa Inggeris. ramai la cikgu BI aku hire masa tu utk translate n betulkan ayat. Tak faham macam masa SPM Eglish boleh dpt A1 nak tulis Blog pun tak reti. nerves kot.hahaa. ehh melalut pulak, entry tu boleh baca kat sini. road-to-finland-my-long-standing-dream.aku tak menang pun, dapat top 15 je. dpat replika kapal terbang MAs. boleh la. mahal jugak benda tu.  Good experience anyway.

Sambung cerita, Euro trip kali ni kakak aku yg planning, dia beli flight ticket n book accomodation semua tapi last minit tak dpt datang atas urusan kerja. KEsian. Allah must have better plan for her kan? Ayah aku pulak baru kawen last month (my mother passed away 2years ago as u know), so kami pergi bertiga Ayah, Ummi, Aku. Aku acting like travel agent since kakak tak de. Kami akan pergi 4 tempat, London, Madrid, Milan, Paris.InsyaAllah.Total semua 14hari. fewhhhh! lama gila cuti kau! kalau kerja dgn org ni, cuti lama2 camni boleh kena buang kerja. Nasib baik buat Herbalife, boleh tentukan cuti sediri and masa cuti pon boleh kerja lagi. semua negara aku nak pergi ni ada Herbalife, well our office ada kat 91 buah negara.apa boleh buat. hihi.. jangan marah ye..dont mad at me if you dont enjoy your job,but i enjoy mine. hee. masa aku tulis entry ni kami baru hari ke3 kat London. baru pegi few places.

so here it goes. our journey to la la london.. hehe
Perjalanan kami bermula di KLIA, flight MAS 0002 pukul 11.40pm







The Best part naik MAS ni mesti lah makanan dia. makan 2x Dinner and Breakfast.
Alhamdulilah sampai di Airport Heathrow London pukul 5.50am. Atas udara 12jam 40min..  
 Sejak MH370 hilang aku mmg takut naik Kapal Terbang. lagi2 MAS. wawawa. Alhamdulillah semuanya selamat. Ramai peramugari n peramugara bg Button Respons. And dorang friendly lain macam. siap boleh buat lawak lagi. pandai ye ambil hati. 

dari Heathrow kami naik Tube direct ke Holloway Road (Picadilly Line).Apartment ktorang kat DraytonPark, very near to Emirates Stadium. Stadium pasukan Arsenal. no im not Arsenal fan. just coincidence. hehe.
 Bukan senang nak naik tube dgn 3 beg besar (masing2 berat 25kg), 3 trolly beg, 3 back pack. sorang ada 3 beg. kiri kanan. mengeleng kepala guard kat airport Heathrow tgk kami naik Tube dgn beg banyak. Naik tube boleh save banyak compare to naik taxi. Nak naik aku lak tak reti, so naik tube la kami. Heathrow-Holloway road makan masa 45min. sampai kat Holloway road ummi keluar dulu dgn beg dia, aku ngan ayah baru nak tarik beg pintu tube dah tutup. alamak!! Ummi tertinggal kt Holloway road!! bapak aku dah cuak gila, aku cuak tp wat2 relax. haha. kami turun kat next station n tukar train arah lain. nasib baik next station tu dekat je. and Ummi steady je tunggu kat tepi platform tempat dia tertinggal tadi. fewhhhh! Nasib baik bukan ayah aku yg tertingal, kalau tak mesti dia panik gila,. ayah memang senang cuak n lemah semangat. hahaha. thats why he needs 2 strong women to support him all the time. heh.perasan lak.

eh lupa nak bagitau, kat Tube station Heathrow  tu ktorang beli Oyster Card utk tube n bas kat London. Oyster kad ni cam Touch n Go. boleh top up and refund baki balik after habis guna. Oyster kad sorang GBP20, deposit kad GBP5. sampai kat Holloway Road tube station beli Simkad Lebara utk guna kat UK n  europe. simkad dgn top up GBP5. 

ayah jaga beg sementara aku pegi cari Taxi. Actually dekat jeapartment dari tube station ni. kalau takda beg banyak boleh jalan kaki dalam 10minit je. tapi sebab beg berat ni, kitorang naik taxi. GBP 10. so next time nak jimat, xyah bawak banyak beg camni. satu beg luggage dah cukup. ni sebab travel dgn parents so reda je la beg banyak huhuu..

                                                                     The Apartment
Katil aku yg kat atas sikit lagi nak kena siling. watch out my head.
ladies dapat dapur besar n fully equiped senyum sampai telinga.


Rumah kecik, bilik pun tak ada tapi Toilet mcm hotel 5*
 Apartment ni kakak aku book dekat AirBnB. sini macam rumah orang yg disewakan utk Tourist. nak kata Homestay pun boleh la. tapi Homestay dorang ni mmg betul mcm rumah, siap ade makanan dlm fridge, baju dorang semua ada kat sini. Betul2 mcm duduk rumah orang tapi tak jumpa tuan rumah. Alhamdulillah apartment ni sgt selesa, ada Wifi, Dapur siap pinggan periuk belanga semua, peti sejuk, dishwasher, washing machine, extra pillow, almost everything a house has. best sgt!! dan location dekat dgn kedai runcit, tesco, 3 tube station Holloway road, Highbury & Islington, Arsenal. Kedai makan halal pun banyak. setiap hari makan kebab. hahaa.Range harga per night dlm Rm 200-Rm 300. sgt sesuai utk yg dtg travel dgn Family. boleh google AirBnb.

Sampai sini dulu perkongsian utk harini. nak mandi nak siap2 utk Bicester Village ala2 Johor Premium Outlet. Dengar cerita Katanya barang kat sana lagi murah dr Oxford Street. 

Till then,be safe everyone!!